Apa makanan kegemaran awak?
Saya suka TOM YAM.
Semua jenis Tom Yam saya suka.
Sanggup mencari kedai yang ada tom yam sedap.
Awak-awak semua pun macam ni juga ke? TOM YAM LOVER?
Terima kasih kepada pemilik resepi :
E Accaf Az via #MAHN dan dikongsikan oleh
Resepi Orang Kampung di facebook kerana kongsikan cara-cara membuat tom yam ni beserta pes. Mesti cuba ni.
BAHAN-BAHAN UNTUK PES TOMYAM
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu ciliboh
1 batang serai di hiris
2 pek pes perencah tomyam adabi
sedikit udang kering
secubit lada hitam
*semua bahan di blend
dah bahan di blend tadi di tumis sampai kemerahan.
Panaskan air dalam periuk sampai mendidih masukan pes tomyam di tumis tadi.
Masukkan lengkuas ,serai dan carrot.
Kalau boleh masak kuah tomyam sedikit kering dan pekat baru lah masuk isi ayam, udang dan sotong.
Masukan bunga kubis, bawang holland, daun limau purut, cili kalau nak pedas masukanlah banyak kalau taknak pedas masukan sikit. Masukan garam, gula. sos ikan ,1 sudu susu krimer, daun ketumbar dan jus limau nipis. Ikut citarasa anda.
SIAPPP...